Tuesday, 8 July 2014
Wednesday, 2 July 2014
Koleksi Artikel
Artikel 1 :
Isu Pemansuhan UPSR Dan PMR
Isu Pemansuhan UPSR Dan PMR
Ulasan/ Kritikan
Pemansuhan
dua jenis penilaian ini sebenarnya bagi saya tidak releven. Ini kerana
kita tetap memerlukan penilaian secara berpusat untuk murid kita. Jika
kita lihat sekarang, penilaian berdasarkan sekolah masih tidak jelas
kerana instrumen penilaian ini tidak disediakan secara berpusat tetapi
segalanya berdasarkan guru di sekolah masing-masing.
Artikel 2 :
Guru sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
The Hidden Curriculum
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Penggunaan Penilaian Fomatif Sebagai Proses Melengkapkan Gelung: Satu Usaha Penambahbaikan
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Artikel 6 :
Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah DAn Gaya Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Artikel 2 :
Guru sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Guru
memainkan peranan penting dalam kurikulum di Malaysia. Tetapi saya
tetap dengan pendirian saya bahawa semua pihak memainkan dan patut
berkerjasama untuk kita mencapai kurikulum terbaik bagi menghasilkan
pelajar yang terbaik.
Artikel 3 :
The Hidden Curriculum
Ulasan/ Kritikan
Ramai pendidik beranggapan sekolah yang efektif adalah sekolah yang
selamat dan ada yang mengatakan menyediakan satu suasana atau
persekitaran yang aman dan kondusif. Satu situasi aman atau positif
tidak wujud sekiranya tiada keganasan, masalah disiplin dan geng. Yang
paling penting adalah memotivasi murid untuk bekerja keras ke arah
tujuan umum.
Artikel 4 :
Penggunaan Penilaian Fomatif Sebagai Proses Melengkapkan Gelung: Satu Usaha Penambahbaikan
Ulasan/ Kritikan
Penggunaan
penilaian formatif ini dilihat sebagai
salah satu usaha ke arah penambahbaikan kepada sistem penilaian yang
sedia ada. Di negara kita, ada sekolah yang telah mengamalkan penilaian
formatif ini dan banyak melihatkan kesan ke atas peningkatan prestasi
murid.
Keberkesaan Kaedah Penilaian Melalui Internet
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Artikel 5 :
Keberkesaan Kaedah Penilaian Melalui Internet
Ulasan/ Kritikan
Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran ini merupakan
satu kaedah yang menyenang dan menyeronokkan. Pembelajaran ini membolehkan
pelajar, belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan
pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.
Pembelajaran secara maya ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru
menerusi perpustakaan digital atau laman web.
Artikel 6 :
Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah DAn Gaya Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah
Ulasan/ Kritikan
Berdasarkan jurnal di atas, kita dapat lihat bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Bagi meningkatkan
pencapaian pelajar, pihak sekolah hendaklah memperbaiki tahap budaya
formal sekolah. Pihak sekolah hendaklah memastikan sekolah merupakan
tempat yang kondusif dan sesuai untuk sesi pembelajaran dan pengajaran
pelajar. Kemudahan yang lengkap hendaklah disediakan bagi menarik minat
pelajar belajar dengan lebih tekun. Selain itu,
pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah amat penting bagi
mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis. Setiap pelajar hendaklah
diterapkan dengan nilai-nilai murni bagi membentuk peribadi dan sahsiah
pelajar yang cemerlang supaya masalah disiplin pelajar dapat diatasi.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah
mengalami masalah displin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua,
guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Kadang kala masalah disiplin
yang dialami di sekolah ini disusuli pula dengan prestasi pencapaian
pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan
PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat
terhadap sekolah berkenaan.
Ulasan/ Kritikan
Artikel 7 :
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Tahap Iklim Sekolah Daripada Aspek Pengurusan, Hubungan Sosial dan Gaya Pengajaran di Sekolah Swasta di Daerah Johor Bahru
Pautan di atas mengkaji tentang persepsi ibu bapa terhadap
iklim sekolah daripada aspek pengurusan, hubungan sosial dan gaya pengajaran di
sebuah sekolah swasta di Johor Bahru. Hasil dari pautan di atas, menyatakan
bahawa ibu bapa berpuas hati dengan pengurusan pihak sekolah termasuklah
kepimpinan pengetua serta pentadbiran sekolah berkaitan bidang akademik,
prestasi sekolah, disiplin dan hal-hal lain. Selain itu kepimpinan pengetua
juga telah berjaya membawa perubahan yang baik ke atas sekolah dari segi
akademik, disiplin dan prestasi sekolah. Sebagai seorang pengetua yang baik,
beliau hendaklah mengamalkan konsep terbuka dalam pentadbirannya. Konsep
terbuka yang diamalkan dapat mewujudkan hubungan yang mesra dan suasana yang
harmoni di antara pengetua, guru-guru, pelajar serta ibu bapa.
Selain itu, kita dapat lihat hubungan sosial guru dan
pelajar berada pada tahap yang baik pada pandangan ibu bapa. Pelajar dilihat
menghormati guru-guru mereka dan sentiasa mengamalkan sikap-sikap yang positif.
Dengan adanya sikap-sikap yang positif di dalam diri pelajar, secara tidak
langsung dapat mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Hubungan yang
mesra di antara pelajar dan guru juga akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
harmoni serta membantu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam bidang-bidang seperti akademik dan kokurikulum.
Artikel 8 :
Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan
Klik Untuk MembacaUlasan/ Kritikan
Jurnal ini mengkaji tingkah laku kepimpinan pengetua dan
hubungannya dengan tekanan kerja dan keberkesanannya organisasi di beberapa
buah sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Hasil yang didapati daripada kajian
ini mendapati terdapat hubungan rendah yang negative di antara tingkah laku
kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja guru dengan keberkesanan organisasi
sekolah dan wujud hubungan rendah yang positif di antara tingkah laku
kepimpinan dengan keberkesanan organisasi sekolah. Pengetua memainkan peranan
yang penting dalam sesebuah organisasi sekolah. Pengetua bukan sahaja memainkan
peranan sebagai seorang ketua dan pentadbir tetapi budaya sesebuah sekolah itu
amat berkait rapat dengan budaya kepimpinan seseorang pengetua. Pengetua yang
berkesan akan dapat menentukan kejayaan sesebuah sekolah dan memberikan budaya
yang sihat dan positif di kalangan ahli organisasi.
Guru
merupakan aset utama yang menjalankan aktiviti di sekolah. Oleh itu, seseorang
pengetua haruslah mempunyai pengurusan kemanusiaan yang baik kerana ini amat
penting supaya tidak wujud tekanan dan
kekangan keterlaluan antara guru-guru di sekolah. Pengetua di anggap sebagai
nadi sebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat memberi
kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukan
guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung
prestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat.
Artikel 9 :
Singaporean Mathematics Curriculum:Connections to TIMSS
Artikel 10 :
Teaching Mathematics Concepts Using A Multicultural Approach
Ulasan/ Kritikan
Pada pendapat saya, apabila guru berjaya memahami latar belakang budaya murid yang pelbagai, mereka seharusnya berupaya mewujudkan satu pembelajaran matematik yang menyeronokkan tanpa menyentuh sensitiviti sesuatu budaya atau kaum.
Pada pendapat saya, apabila guru berjaya memahami latar belakang budaya murid yang pelbagai, mereka seharusnya berupaya mewujudkan satu pembelajaran matematik yang menyeronokkan tanpa menyentuh sensitiviti sesuatu budaya atau kaum.
Artikel 11 :
ICT in the Teaching of Science and Mathematics in Year 8 in Austalia
Walaupun penggunaan ICT meningkat, ia turut meningkatkan perbelajaan menyelenggara. Kos menyelenggara juga adalah tinggi. Dimanakah sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan untuk membaiki peralatan tersebur.
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Hasrat dan wawasan Dasar Pendidikan Negara yang menjadi tonggak sistem pendidikan Negara ini akan tercapai dengan mudah sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan oleh pentadbir sekolah lebih-lebih lagi oleh guru sebagai fokus kepimpinan di bilik darjah.
Artikel 12 :
Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Bilik Darjah
Klik Untuk Membaca
Ulasan/ Kritikan
Hasrat dan wawasan Dasar Pendidikan Negara yang menjadi tonggak sistem pendidikan Negara ini akan tercapai dengan mudah sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan oleh pentadbir sekolah lebih-lebih lagi oleh guru sebagai fokus kepimpinan di bilik darjah.
Monday, 30 June 2014
Sunday, 22 June 2014
Saturday, 21 June 2014
SME6044 Isu-isu Komtemporari Dalam Pendidikan Matematik
Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik.
HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir
kursus ini pelajar:
1. Menganalisis
sebab-sebab perubahan dalam pendidikan matematik.
2. Membincangkan secara intelektual dengan kritikal dan analitikal mengenai isu-isu di dalam pendidikan matematik.
3. Menilai dan mengkritik pelbagai isu mengenai pendidikan matematik.
4. Memperkembangan kemahiran mencari dan mentafsir maklumat dalam pendidikan matematik.
5. Memberi pendapat dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Membincangkan secara intelektual dengan kritikal dan analitikal mengenai isu-isu di dalam pendidikan matematik.
3. Menilai dan mengkritik pelbagai isu mengenai pendidikan matematik.
4. Memperkembangan kemahiran mencari dan mentafsir maklumat dalam pendidikan matematik.
5. Memberi pendapat dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Subscribe to:
Posts (Atom)